Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim
KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jumaat berkata tidak wujud larangan berhubung watak 'lelaki lembut' dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.
"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai 'lelaki lembut' (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam laman Twitter.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya.
Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. -BERNAMA
Sumber : mstar
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan ini selepas Malaysia Kini melaporkan berita tentang Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio.. Bacaan semula berita tadi, boleh klik SINI..
____________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
macam2 =.= aish...
ReplyDeletepengajaran nya di sini, jangan kita cepat percaya pada khabar berita yang belum sahih..
ReplyDeletebagus jugak...
ReplyDeletetakde lah menula... huhuhu