Friday, 6 April 2012

Susulan Berita, 'Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio', Keluar Berita, 'Tiada Larangan Terhadap Watak 'Lelaki Lembut' di Saluran Televisyen Kerajaan'

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Jumaat berkata tidak wujud larangan berhubung watak 'lelaki lembut' dalam saluran-saluran televisyen milik kerajaan.

"Tidak ada larangan atas mana-mana persembahan seni oleh mana-mana segmen masyarakat termasuk yang disifatkan sebagai 'lelaki lembut' (atau kewanita-wanitaan)," katanya dalam laman Twitter.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan masih berhak untuk memilih kandungan yang sesuai untuk orang awam memandangkan Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, pelbagai agama dan pelbagai budaya.

Menteri itu memberi penjelasan berhubung laporan satu berita portal berhubung perkara itu, yang berasal dari satu entri Facebook oleh Jabatan Penerangan. -BERNAMA

Sumber : mstar

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan ini selepas Malaysia Kini melaporkan berita tentang Pondan, Lelaki Lembut Dilarang Muncul Di TV, Radio.. Bacaan semula berita tadi, boleh klik SINI..
____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

3 comments:

  1. pengajaran nya di sini, jangan kita cepat percaya pada khabar berita yang belum sahih..

    ReplyDelete
  2. bagus jugak...
    takde lah menula... huhuhu

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.