Friday, 6 April 2012

Proton Preve (P3-21A) - Berharga Bawah RM 75,000, Gajet Berkelas Premium




Petikan daripada Utusan Malaysia

Proton P3-21A atau nama rasminya Preve yang bakal dilancarkan pada 16 April ini merupakan kereta berharga bawah RM75,000 pertama di pasaran yang menawarkan gajet berkelas premium.

Preve yang disebut 'prey-vey' ditawarkan dalam tiga varian itu terdiri daripada model manual standard, automatik standard dan automatik spesifikasi tinggi.

Model standard menggunakan enjin 1.6 liter IAFM Continuous Variable Transmission (CVT) lima kelajuan bagi model manual dan tujuh kelajuan untuk automatik.

Model spesifikasi tinggi itu menggunakan enjin 1.6 liter Caj Keberkesanan Minyak (CFE) turbo dengan CVT Protonic tujuh kelajuan.

Preve yang dipertontonkan kepada pemberita hari ini mempunyai bahagian belakang yang tinggi bagi menonjolkan imej lebih sporty, di samping lampu hadapan jenis projektor jelas memperlihatkan rekaan garangnya.

Saiz model baharu itu lebih besar berbanding Persona dan menurut Proton, Preve mampu bersaing dengan model seperti Honda Civic dan Kia Forte di pasaran.

Preve spesifikasi tinggi dilengkapi dengan pedal shift, sistem navigasi, penetap kelajuan, butang menghidupkan enjin dan sistem pengesan cuaca serta cahaya yang membolehkan pengelap cermin dan lampu berfungsi secara automatik jika diperlukan.

Bagi ciri keselamatan, Preve dilengkapi empat beg udara, kerangka kukuh yang menerima penarafan lima bintang oleh Australia Cap dan lampu amaran di bahagian belakang yang berfungsi apabila pemandu menekan brek pada kelajuan melebihi 95 km/j.

Konsep kemasan dalaman pula menggunakan elemen semula jadi seperti kayu dan permukaan papan pemuka bercorak kulit kayu, manakala ruang kaki lebih luas berbanding pesaingnya selain ruang menyimpan barang bersaiz 508 liter di bahagian bonet.

Pada sesi pandu uji bagi perjalanan dari Putrajaya ke Seremban, Preve menunjukkan prestasi enjin yang sangat baik dengan mampu mencecah kelajuan maksimum 180 km/j untuk model automatik standard dan 200 km/j untuk automatik spesifikasi tinggi tanpa sebarang masalah.

Ruang kabin kereta yang disasarkan untuk pasaran global ini juga adalah lebih senyap berbanding model-model sebelumnya dan kawalan pemanduan yang menerima sentuhan teknologi Lotus memberi tindak balas baik di selekoh pada kelajuan tinggi.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Seri Syed Zainal Syed Mohd. Tahir berkata, Preve dijangka mampu terjual sekitar 4,000 hingga 4,200 buah sebulan dan ketika ini telah menerima lebih 1,000 buah tempahan.

"Preve merupakan perintis kepada perubahan penghasilan kereta baharu Proton pada masa depan dengan fokus ke arah pasaran luar seperti ASEAN, Australia, China dan Asia Barat.

"Pasaran eksport ketika ini adalah 20 peratus daripada jualan dan kami jangka akan meningkat dengan kehadiran Preve yang akan mula dieksport selepas tiga bulan dilancarkan nanti," katanya kepada pemberita semasa sesi pandu uji kereta baharu berkenaan di sini hari ini.

BONET belakang lebih luas
____________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

  1. mmg car of the year btul kete ni.. masing-masing sedang hangat cakap pasal kereta ni

    ReplyDelete
  2. ANDA DIJEMPUT KE

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/sukacita-saya-tuliskan-dan-dukacita.html

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.