Natasha Hudson Sah Milik Carleed Khaza
Satu lagi masjid berjaya dibina.. Alhamdulillah.. Sebelum ni mesti korang ade terbaca tentang Natasha bertudung.. Kalau belum, buat rujuk entri INI.. Mari kite semua doakan supaya jodoh mereka kekal ke akhir hayat.. Amin..
Berikut adalah keratan artikel tentang perkahwinan mereka.
Natasha Hudson kini milik Carleed Khaza. foto-Feride Hikmet Atak
KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Natasha Liana Hudson, 29, sah bergelar isteri kepada penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza atau nama sebenarnya Khalid Kamal, 33 , di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.
Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.
"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana majlis pernikahan kami yang serba ringkas ini berjalan dengan lancar.
"Semoga perkahwinan saya kali ini berkekalan sehingga akhir hayat," katanya yang enggan mengadakan sebarang majlis resepsi.
Foto Rotikaya.com
Majlis pernikahan itu turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.
Selain itu, seramai 700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .
Sementara itu, beritahu Carleed pula, dia bersyukur kerana mempunyai isteri yang cantik serta memiliki ciri-ciri wanita idamannya.
"Apa yang penting, Natasha menghormati kedua-dua ibu bapa saya disamping sering membantu saya menjaga nenek saya yang uzur. Dia seorang yang sangat istimewa di mata saya.
"Saya juga amat rapat dengan anak perempuannya, Nessa Helena, dan kami berdoa untuk memiliki anak lagi," ujarnya.
Tambah Carleed, mereka sedang merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.
Natasha yang menggayakan persalinan rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.
Manakala pihak lelaki pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.
No comments:
Post a Comment
Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.