KUALA LUMPUR, 22 APRIL 2012: Konsert Mania ke-6 sebentar tadi menyaksikan dua penyingkiran dilakukan sekali gus dan dua peserta yang disingkirkan itu ialah Atilia dan Akim, kedua-duanya dibawah Empayar Hijau milik Ahmad Dhani.
Hos Mania, Aznil Hj Nawawi pada awal konsert telah mengumumkan akan ada lebih dari satu penyingkiran pada konsert Mania yang akan datang. Penyingkiran lebih dari satu ini sememangnya telah dijangka kerana melihat pada baki konsert yang tinggal hanya selama 4 minggu lagi sebelum peringkat akhir.
Akim tampil pada malam ini menyampaikan lagu Anuar Zain, Sedetik Lebih manakala Atilia menyampaikan lagu Ratu Rock Ella, Layar Impian.
Seramai 13 bintang Mania telah membuat persembahan pada malam ini dan selain Akim dan Atilia, konsert telah dimulakan oleh Hazama yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza, Cindai diikuti dengan Adira (Destinasi Cinta/Siti Nurhaliza), Shila Amzah (Merisik Khabar/Sudirman), Ebi (Senandung Semalam/Alleycats), Kristal (Yank/Wali Band), Stacy (Goyang Inul/Inul), Jaclyn Victor (Grenade/Bruno Mars), Aril (Kembali Senyum/Izwan Pilus), Alyah (Khatimah CInta/6ixth Sense), Hafiz (Karma/Faizal Tahir), dan Estranged (Itu Kamu/Estranged).
Persembahan minggu ini nyata menghiburkan dengan pemilihan lagu yang baik diikuti persembahan yang mantap dari peserta .
Artis undangan konsert Mania untuk mingu ini ialah Joe Flizzow dan Ila Damia yang menyampaikan lagu Untukmu.
Teruskan mengundi bintang Mania pilihan anda dengan menaip Mania dan hantarkan ke 32888.
Konsert Mania yang bersiaran secara langsung dari Dewan Seri Putra, Bukit Jalil telah bermula lewat sedikit dari waktu sebelum ini kerana memberi laluan kepada persembahan khas Raja & Rakyat Berpisah Tiada sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang turut dipancarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104).
--------------------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
yup'z itu sesuatu yang waw !
ReplyDelete