Monday, 30 April 2012

Lagi Cerita Drama 'Senyuman Di Kuala Lumpur'

Senyuman Di Kuala Lumpur : Lakonan - Sara Ali, Izzue Islam, Afiq Muiz


aku snap tv aku dgn tab je ni.. ;)

Bermula dengan perkenalan di Facebook di antara Madi (Lakonan Izzue Islam) dan Ira (Lakonan Sara Ali).. Kebetulan Ira membuat status di Facebook dengan pengajian di luar negara.. Status tu menarik Madi untuk berkenalan dengan Ira.. Then Madi kena p KL sebab ade interview biasiswa.. Disebabkan tak de kawan, so Madi ajak Ira teman kan dia sebab dia tak biasa di KL.. 

Lepas interview tu, Ira bawak Madi jalan-jalan sebab sambil tunggu kul 9.30, bas nak balik Kelantan.. Yang tak tahan pada Ira, Madi ajak Ira ke Zoo Negara, Tugu Negara, Muzium Negara, Tasik Perdana, Masjid Negara, Dataran Merdeka.. Ira sendiri sebagai orang KL tak pernah pegi.. 

Itu sebenarnya kisah untuk drama Senyuman Di Kuala Lumpur.. Ade jugak la yang pelik nya dalam drama ni.. Si Madi ni memang betul-betul pelat cakap kelantan la.. Tak terkeluar pun cakap KL.. Haha.. Tapi kan, dia ex-student UTM Skudai, tak kan tak boleh cakap KL dan tak de kawan-kawan kat KL kan... Tapi tak pe, nama pun drama.. 

Lagu-lagu dalam drama Senyuman Di Kuala Lumpur pun best-best jugak.. Bermula dengan Terukir Di Bintang dan seterusnya.. Ending cerita ni, Madi dan Ira belajar sama-sama kat oversea! Baru perasan suara Sara Ali ni macam Nabila Huda..

Tapi memang aku layan r drama ni.. Tak sedar pun masa 2 jam.. Selain daripada jalan citer kat atas, ade beberapa perkara yang boleh di jadikan pengajaran dan teladan.. Ciri keagamaan pun ada dalam drama ni.. Kita ambil apa2 yang positif k untuk lebih maju dalam hidup!

Nak kenal pelakon drama SENYUM DI KUALA LUMPUR ni? Korang boleh klik SINI..
--------------------------------------------
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
1. Volkswagen Polo Sedan
2. Hotlink
3. AMeiZING

Entri menarik yang perlu korang terjah :

10 comments:

  1. lagu2 dia best kot ,, tapi tak tau title lagu2 tu semua ;(

    ReplyDelete
  2. lagu2 dia best kot , tapi tak tau title lagu2 tu semua ;(

    ReplyDelete
  3. TAG ANDA :

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-bloglist-may-by-iera.html

    ReplyDelete
  4. kan dia dah ckp susah nak hilangkan pelat dia.. lelaki kelate ni mmg bangga ngan bahasa dia klu compare dgn perempuan..
    cerita ni walau ada part yg tak logik (cth solat atas tanah, walhal ini malaysia yg bersepah2 surau) tp secara tak langsung babak itu menyuntik rasa keinsafan pd Nazira. klu boleh nak cari download / dvd citer ni nak layan selalu..

    ReplyDelete
  5. Aku ade kwn klantan gak mse study kt jb dulu. Dorg mmg susah nk hilang lorat klantan. Tp best kwn ngn dak2 klantan. Dorg setia kawan

    ReplyDelete
  6. Thank you for visiting Zack >.<

    ReplyDelete
  7. Menarik cite ni... part yg si Madi tu x boleh ckap Kelantan tu dulu aku pun x percaya, kemudian bila junior aku (org Kelantan) dtg U aku baru aku tahu rupanya mmg wujud spesies mcm ni... dia boleh relak je borak dgn member2 dari Singapore pakai loghat Kelantan. Aku tanya dia x leh ejas ke, dia cakap susah.. part bila dia cakap dia tunggu dekat fire extinguisher tu pun mmg ada gak spesies mcm tu yg aku kenal

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.