Wednesday, 11 April 2012

Info : 4 Tips Untuk Menjadi Suami Yang Baik


Cara terbaik untuk menjadi seorang suami yang baik adalah menjadi pasangan yang sempurna pada isteri anda. Anda perlu menjadi seorang ketua dan dalam masa yang sama menjadi seorang teman hidup yang baik. Apabila anda bujang, anda lebih fokus pada diri anda sendiri. Sekarang, apabila anda sudah berkahwin, anda perlu fokus pada kehendak pasangan anda dahulu sebelum fokus pada diri anda sendiri.

Berikut adalah tips-tips untuk menjadi seorang teman yang baik di mata isteri tersayang anda.

TIPS 1: Menjadi seorang pendengar yang baik

Untuk mengelakkan diri anda daripada bergaduh serta berselisihan faham oleh kerana sesuatu perkara yang sia – sia, anda perlu menjadi seorang pendengar yang baik. Kadangkala walaupun wanita suka berleter atau suka bercerita, tidak bermakna dia marah pada anda. Sebaliknya, wanita memang suka meluahkan apa yang mereka rasa melalui bercerita atau berleter.

Sebagai suami yang baik, anda dengar sahaja sehingga habis dan ambil berat apa yang isteri anda utarakan. Fahami sepenuhnya apa yang dia sampaikan dengan penuh sabar, kemudian barulah anda memberi respon berdasarkan perkara yang di adu.

TIPS 2: Sentiasa terbuka untuk menerima-pakai pandangan isteri

Apabila isteri bersuara mengenai sesuatu, anda dengar apa yang hendak di sampaikan oleh dia. Kadangkala, pandangan isteri lebih bagus dari buah fikiran anda sendiri. Sebagai lelaki, anda lebih suka bertindak bersendirian. Sebagai teman yang baik, anda perlu tahu pendapat isteri anda sebelum anda memulakan sebarang tindakan.

Ini kerana wanita walaupun dia berfikir jangka pendek, mereka berfikir semua perkara serentak dan ia berbeza dengan lelaki yang berfikir panjang tetapi hanya berkisar pada satu matlamat sahaja. Jika masalah itu rumit, dapatkan bantuan isteri anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Isteri sebenarnya sangat suka membantu lelaki yang mereka sayang.

TIPS 3: Sentiasa bermain cinta

Setiap hari anda perlu menggoda dan ‘mengorat’ isteri anda. Ini kerana cinta yang hebat adalah percintaan yang berlaku berulang–ulang kali dan tidak mengenal usia.

TIPS 4: Sanggup berkerjasama sepenuh jiwa dan raga

Perkahwinan adalah hubungan give and take. Belajar untuk bekerjasama dengan isteri anda.

Menjadi suami yang baik tidak sukar jika kita sedia untuk menjadi seorang teman hidup yang baik pada isteri anda. Fokus pada isteri anda dan anda akan menjadi suami yang baik secara tidak langsung.

Anda boleh cuba-cuba tips di atas untuk nak bagi isteri anda bertambah-tambah sayang kepada anda. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikannya bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik butang biru Share.

Sumber


--------------------------
Entri menarik yang perlu korang terjah :

2 comments:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.