Saturday 31 March 2012

Pusat Jalur Lebar Kuminiti - Projek BJIM Seterpa



Selalunya, aku keje Jumaat dan Sabtu.. Isteri aku cuti Jumaat Sabtu.. Tapi minggu lps aku ambil cuti Jumaat Sabtu, isteri aku lak kena libatkan diri dengan Program Kemasyarakatan.. Nasib nasib..

Isteri aku terlibat dengan Majlis Perasmian Pusat Jalur Lebar Kuminiti - Projek BJIM Seterpa di Kampung Seterpa, jadi aku pun lepak situ je la Sabtu lps.. Jumaat lps dia seharian kat sana untuk buat persediaan.. Yang paling penting, disebabkan aku cuti jugak, so bolehkan aku join.. Bukan senang aku nak cuti hujung minggu camtu..

Nampak hasil kerjasama orang kampung yang bagus dengan staf-staf yang terlibat.. Sambutan pun OK.. Sebelum balik, sempat aku tengok persembahan Dikir Barat.. Giler sakit telinga sebab kuat giler sound! Fuh! Tapi blh la layan untuk lagu-lagu terakhir..

Lepas majlis tu, kami ke FOCUS POINT untuk beli cermin mata baru untuk aku.. Itu lepas sekian lama aku plan.. Hasilnya.. Mungkin aku boleh share dalam satu entri nanti.. ;)

Keratan Berita di Utusan Malaysia

Prof. Dato' SUSIE See Ching Mei diberi penerangan mengenai proses bayaran bil utiliti penduduk

KOTA BHARU 28 Mac - Mukim Seterpa di Peringat yang terletak kira-kira 15 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, tidaklah asing kepada penduduk negeri ini, malah juga pengunjung dari luar berikutan reputasinya sebagai antara lokasi inap desa atau 'homestay' terbaik.

Malah mukim yang terdiri daripada lima buah kampung iaitu Kampung Renik, Kampung Bechah Tembesu, Kampung Seterpa, Kampung Pak Rahmat dan Kampung Parit dengan keseluruhan penduduk kira-kira 700 orang, baru sahaja mencatat kejayaan sebagai Naib Johan Pertandingan Satu Desa Satu Industri (SDSI) peringkat kebangsaan kategori inap desa tahun lalu.

Berkat kesungguhan dan kerjasama penduduk yang dilihat sering bertungkus lumus menambah baik keadaan di kampung mereka, penduduk sekali lagi bertuah apabila Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) Universiti Sains Malaysia (USM) memilihnya sebagai kampung pertama di negeri ini yang dilengkapkan dengan kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK).

Entri menarik yang perlu korang terjah :

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.