Thursday, 8 March 2012

Info : Punca-Punca Stress dan Stress Di Tempat Kerja


PUNCA – PUNCA STRESS

Keadaan Fizikal

1. Persekitaran yang kotor, bising, sesak sama ada di rumah atau di tempat kerja

2. Penyakit fizikal seperti penyakit jantung

Psikologikal

Berlakunya perubahan yang memerlukan penyesuaian seperti :

1. Perubahan tempat kerja seperti majikan, rakan atau persekitaran yang baru

2. Memulakan alam rumahtangga

3. Kehilangan orang yang tersayang atau harta benda

4. Berasa tercabar atau terancam. Contohnya, lambat datang kerja menimbulkan perasaan takut dimarahi bos, bersalah terhadap dosa yang dilakukan atau gagal penuhi cita – cita.

STRESS DI TEMPAT KERJA

Kebanyakan mereka yang mengalami stress terdiri daripada golongan yang bekerja. Terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan stress. Antaranya :

1. Pekerjaan yang terdedah kepada kecederaan dan keselamatan

2. Beban kerja terlampau banyak

3. Bekerja dalam tempoh yang panjang

4. Terlibat dengan oarang ramai seperti jururawat dan doktor atau melibatkan kaunter

5. Hubungan antara organisasi. Contohnya, tidak boleh menyesuaikan diri dengan rakan sekerja dan adakalanya bertentangan dengan peribadi, kepercayaan atau agama

6. Konflik peranan

7. Kekaburan tugas

8. Sikap ketua di tempat kerja.

Sumber

1 comment:

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.