Thursday, 22 March 2012

Info : 8 Tips Menjadi Isteri Solehah


Wanita dan isteri yang solehah merupakan idaman dan dambaan bagi setiap suami di dunia ini. Ajaran Islam telah pun menggariskan panduan dan peraturan iaitu menjauhi larangan dan mematuhi segala perintah Allah agar hidup kita sentiasa mendapat rahmat dan diberkati.

Begitu juga dalam kehidupan berumahtanggan dan perkahwinan. Sesuatu perkahwinan itu akan terus kekal abadi jika pasangan suami-isteri tersebut menjalani hidup berlandaskan ajaran Islam. Oleh itu, pada blog post kali ini saya akan berkongsi dengan anda mengenai tips-tips yang boleh anda amalkan sebagai seorang isteri untuk menjadi seorang isteri solehah.

Berikut adalah tips-tips tersebut:

1. Jangan sesekali anda meninggikan suara anda kepada suami anda.

2. Dengar dengan penuh teliti dan sepenuh perhatian serta tidak berkata apa-apa (jika tidak ditanya) ketika suami anda sedang berbicara dengan anda.

3. Jalankan tugasan rumahtangga dengan penuh amanah.

4. Menjaga maruah keluarga dan status diri serta adab ketika berhadapan di khalayak ramai.

5. Tidak mengaibkan atau “membuka pekung di dada” tentang cerita-cerita mengenai hal peribadi anda dan suami dengan rakan-rakan anda.

6. Sentiasa beri semangat dan motivasi kepada suami dalam kerjaya dan apa juga perancangan masa depan dia demi kebaikan bersama.

7. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami anda terlebih dahulu.

8. Elakkan mencabar atau mengarah-arah suami anda untuk lakukan sesuatu perkara. Kaum lelaki ni, amat pantang jika ego mereka agak tercabar.

Itulah dia beberapa tips yang boleh anda cuba amalkan secara berterusan ketika melayari bahtera perkahwinan anda berdua. Jika anda rasakan artikel ini menarik dan boleh memberi manfaat, jangan lupa ye untuk Share kan bersama rakan-rakan anda di Facebook. Cuma klik pada butang Share berwarna biru di bawah.

“Renung-renungkan dan selamat beramal ….”

Sumber : SINI - jika merasakan info ini berguna untuk disharekan dengan kawan-kawan yang lain, korang boleh klik button LIKE di bawah supaya friend di FB anda boleh membaca sama..

_______________________________________
Kalau korang rasa nak menderma & ingin tahu info, boleh la klik Churp-Churp ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

4 comments:

  1. Sangat berguna ... nanti sy dah pgang title isteri, sy wat jdi panduan ... =)

    ReplyDelete
  2. Nice..akan dimanfaatkan bila jdi seorang isteri nanti..;-)InsyaAllah..

    ReplyDelete
  3. Atiqa_Wahid & are_lin@yu >> InsyaAllah ya.. ;)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.