Monday, 26 March 2012

Info : 7 Tips Menjaga Hubungan Perkahwinan Jarak-Jauh


Mesti ramai diluar sana yang menjalankan perhubungan suami isteri jarak jauh.. So, insyaAllah artikel ini mungkin boleh membantu jika anda berkemungkinan besar akan kena berjauhan antara satu sama lain..

TIPS 1 : Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit hanfon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2 : Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3 : Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali.

TIPS 4 : Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5 : Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. Tak perlulah sampai setiap jam anda menghantar SMS kepada dia. Mungkin anda boleh SMS tiap kali bangun tidur sekali, waktu petang sekali dan waktu malam sekali.

TIPS 6 : Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7 : Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.

Sumber : SINI

_______________________________________

Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :

Entri menarik yang perlu korang terjah :

6 comments:

  1. entry yang berguna.fahz pernah berjauhan dgn en hubby.uhuuuu parah2.tak sanggup berjauhan lagi.

    ReplyDelete
  2. org yg biasa berjauhan, mesti dpt rase.. mesti tak sanggup..

    ReplyDelete
  3. ta berkawin lagi ... tapi memang tgah bercinte jarak jaoh .. huhu . tips ni pun boleh gune kan ? hehehe . btw , nice info =)

    ReplyDelete

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.