Jika sebelum ini, mesti korang pernah baca entri tentang 8 Tips Menjadi Isteri Solehah.. So hari ni, jom kita baca 10 Tips Menjadi Suami Soleh pulak..
1. Mengambil tanggungjawab 100% memenuhi segala tuntutan nafkah zahir dan batin isteri.
2. Memimpin dan menyelesaikan segala konflik yang timbul dengan membuat keputusan berdasarkan akal logik dan rasional. Bukan ikut perasaan. Yang ikut perasaan biasanya si isteri.
3. Tidak menyakiti hati isteri. Wanita mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa serta merajuk. Oleh itu, anda jagalah hati isteri anda. Jangan berkasar atau ‘naik tangan’ dengan dia. ‘A big no-no’ ye kalau main ‘naik tangan’ ni.
4. Membimbing dan mendidik isteri dengan penuh kesabaran. Sentiasa berdoa kepada Tuhan agar isteri anda menjadi seorang isteri yang solehah dan mempunyai iman yang teguh. Begitu juga untuk diri anda sendiri.
5.Tingkatkan ilmu keagamaan dengan cara rajin-rajinkan diri ke surau atau masjid untuk mendengar ceramah dan tazkirah. Setelah pulang ke rumah, anda sampaikan lah pula ilmu-ilmu tersebut kepada isteri anda selepas anda berdua selesai solat berjemaah.
6. Banyakkan membaca Al-Quran dan buku-buku agama.
7. Kerapkan untuk bersolat berjemaah bersama isteri di rumah.
8. Jangan sesekali memarahi isteri anda di hadapan khalayak ramai. Anda akan menjatuhkan maruahnya.
9. Menjaga maruah isteri merupakan salah-satu tanggungjawab terbesar anda sebagai suami.
10. Suami menjadi tempat rujukan buat isteri tak kira soal-soal berkaitan dunia mahupun akhirat. Lengkapkan diri dengan seberapa banyak ilmu yang mungkin.
Sumber : SINI
Entri berkaitan : 8 Tips Menjadi Isteri Solehah
______________________________________
Kalau korang rasa nak tahu info, boleh la klik entri di bawah ni :
Entri menarik yang perlu korang terjah :
2. Lelaki Kacak
wah bgus ni info..nk share gk bley..supy sang somi bc gk..huhhu
ReplyDeleteSharing is caring.. Semua untuk bacaan bersama..
DeleteHarap dapat jodoh yang macam tu =)
ReplyDeleteSharing is caring.. Semua untuk bacaan bersama..
Deleteshare la.. tak de hal.. ;)
ReplyDeletebtol 2...setuju kerna suami pemimpin keluarga
ReplyDeleteSharing is caring.. Semua untuk bacaan bersama..
Deletejemput Eraz join giveaway pertama saya ni :)
ReplyDeletehttp://ajamoppical.blogspot.com/2012/03/ajamoppicals-1st-giveaway-last-song.html