Tuesday, 20 March 2012

Harga Sebuah Ketenangan (Part 3)


Artikel terdahulu : SINI..

Mengingati Allah sehingga melahirkan tenang bukannya senang. Ramai orang yang beribadah dan mengingati Allah, tetapi jiwa mereka kusut. Mengapa? Kerana ibadah mereka itu tidak dijiwai dan dijagai adabnya. Tuntutan ibadah tidak dilaksanakan. Ramai manusia yang fikir apabila menunaikan ibadah kepada Allah, mereka telah melaksanakan tuntutan ibadah. Belum selesai lagi. Kerana tuntutan ibadah itu ada hubungannya dengan manusia. Ibadah melahirkan akhlak. Akhlak melahirkan kasih sayang dan kemesraan sesama manusia. Jikalau kasih sayang sesama manusia belum wujud di dalam diri kita, ertinya ibadah yang kita lakukan masih belum sempurna. Kerana itu ramai yang kita lihat rajin sembahyang, rajin berpuasa, rajin pergi umrah tetapi hati mereka tidak tenang. Kenapa? Kerana mereka rajin pergi umrah tetapi jiran mereka kelaparan mereka tidak ambil tahu. Mereka rajin bersembahyang, tetapi jiran mereka tidak ada pakaian, mereka tidak peduli. Tidak ada kasih sayang, tidak ada silaturahim. Maka hasilnya tiada keberkatan dan ketenangan. 

Kerana itu barang siapa yang memiliki ketenangan, hendaklah menghebah dan memberikannya kepada manusia yang lain yang memerlukannya. Bagaimana caranya? 

1) Melalui nasihat 
2) Mendoakan orang yang gelisah itu supaya tenang 
3) Menghadiahkan zikir, wirid dan tahlil 
4) Menunjukan muka tenang kepada orang yang gelisah 

Itulah tuntutan yang perlu kita sempurnakan apabila kita telah diberi nikmat ketenangan. Nikmat jikalau kita syukuri dan jagai dengan adab dan tertib akan ditambah oleh Allah s.w.t. Perbanyakkanlah berdoa dan beribadah kepada Allah semoga Allah memberikan kita ketenangan yang hakiki dan abadi.

Sumber : Musafir Ilmu

No comments:

Post a Comment

Penulis tidak bertanggungjawab atas apa-apa komen yang ditinggalkan oleh pembaca / pengunjung. Semua komen adalah di bawah tanggungjawab mereka. Sila gunakan bahasa yang sopan. Terima kasih.